nii ada keburukan mengumpat >>>>
Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain.
Rasulullah
S.A. W. menjelaskan mengenai mengumpat separti sabda nya bermaksud
Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan
sesuatu perkara yang dibencinya (Hadis Riwayat Muslim)
Mengumpat
berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk apabila
menyebut atau menceritakan keburukan Biarpun tanpa menyebut nama
pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya.
Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ia Disamakan seperti memakan daging saudara seagama. Manusia waras tidak
sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri.
Dosa
mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan
diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat.
Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan.
Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat.
Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat.
Sabda
Rasulullah S.A.W. bermaksud:Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat
itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina,
apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya.
Dan
sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya
sebelum diampun oleh orang yang diumpat (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya
dan Ibnu Hibbad)
Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia Tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua.
Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia Tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua.
Mengumpat
dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya
diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas
perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya.
Sabda
Rasulullah S.A.W. wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum
beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan
lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang
mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya,
dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri (Hadis riwayat Abu Daud)
dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri (Hadis riwayat Abu Daud)
Orang
yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada
rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan
pahala.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud :
Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering.
Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering.
Pahala
yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti
mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.
Diriwayatkan
oleh Abu Ummah al-Bahili, diakhirat seorang terkejut besar apabila
melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia.
Maka, dia berkata kepada Allah Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya
kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya.
Maka Allah menjawab :Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui.
Sebaliknya,
jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada
orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat
akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang
muflis diakhirat nanti.
Memandangkan
betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri
daripada melakukannya. Oleh itu perbanyakkan lah zikir supaya dapat
menghindarkan diri daripada mengumpat.